Rabu, 30 Disember 2009

Oh Bulan..



Walaupun saiz bulan kecil tapi dia mampu menerangi satu planet ni,

Walaupun awan tebal datang menutupinya, namun cahayanya masih dapat kita lihat walaupun kadang kala ia semakin suram,

Walaupun permukaannya tidak seindah cahayanya, ia mampu membuatkan orang tersenyum tatkala melihatnya,

Walaupun dia menerima cahaya daripada Sang Matahari, namun melihatnya tidak sesilau cahaya Sang Matahari,

...

Jojo mesti pelik kan? pahal la minah ni jadi puitis sgt?
haha..sebenarnya semalam aku pergi makan dinner kt luar,
pergi makan kat Chpo n Steak, Kg. baru, untuk celebrate nyah..
so, on the way nak gi sana, tgh mengelamun,(cehh..) nmpk la bulan tengah mengambang..
it is so beautiful..
bila fikir2 kan balik, situasi bulan ni macam ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita..
So, renung-renungkan dan selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan